Oleh: Ustaz Juzaili Juhan
http://elmansyud.blogspot.com/2009/04/syarat-dan-adab-kunci-kejayaan-2.html
Syarat serta adab yang akan disebutkan ini adalah petikan daripada kalam Ibnu 'Ajibah di dalam kitabnya Al-Futuhat Al-Ilahiyah Fi Syarh Al-Mabahith Al-Asliyah. Kitab dalam ilmu Tasawwuf yang sedang saya pelajari dengan guru kami, Al-Syeikh Dr. Muhammad Muhanna
 (hafizahullahu ta'ala) di anjung Atrak Masjid Al-Azhar. Syarat serta 
adab yang disebutkan oleh Ibnu 'Ajibah sangat menarik dan menyentuh 
hati, kalimah yang digunakan sangat halus dan teliti.
Telah berkata murabbi, guru kami Al-Syeikh Dr. Yusri Rusydi Al-Syed Jabr Al-Hasani :
Pada dasarnya syarat dan adab yang disebutkan itu adalah bagi seorang al-faqer atau al-sufi (seorang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah S.W.T), namun saya adaptasikan syarat dan adab seorang sufi kepada syarat dan adab seorang tolibul ilmi kerana matlamat kedua-duannya adalah sama iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah (mardhatillah) mengharapkan cahaya hidayah Allah yang dapat menerangi kegelapan hati. Sebagaimana terdapat ungkapan syair arab :
Telah berkata murabbi, guru kami Al-Syeikh Dr. Yusri Rusydi Al-Syed Jabr Al-Hasani :
"Kalam auliya' Allah adalah kalam yang mempunyai nur yang Allah ilhamkan ke dalam hati hambaNya yang dikasihi."  
Pada dasarnya syarat dan adab yang disebutkan itu adalah bagi seorang al-faqer atau al-sufi (seorang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah S.W.T), namun saya adaptasikan syarat dan adab seorang sufi kepada syarat dan adab seorang tolibul ilmi kerana matlamat kedua-duannya adalah sama iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah (mardhatillah) mengharapkan cahaya hidayah Allah yang dapat menerangi kegelapan hati. Sebagaimana terdapat ungkapan syair arab :
فإذا لم يعنك الله فيما تريده   #        فليس لمخلوق إليه سبيل
وإن هو لم يرشدك في كل مسلك # ضللت ولو أن السماك دليل
وإن هو لم يرشدك في كل مسلك # ضللت ولو أن السماك دليل
Maksudnya :
Sekiranya Allah tidak memberi inayahNya (bantuan) terhadap apa yang kamu inginkan # Maka tidak akan ada jalan untuk sampai kepada apa yang dihajatinya  
Sekiranya Allah tidak memandu kamu pada setiap langkah yang diatur #
Nescaya akan sesat sekalipun kamu jadikan langit sebagai petunjuk
Sekiranya Allah tidak memandu kamu pada setiap langkah yang diatur #
Nescaya akan sesat sekalipun kamu jadikan langit sebagai petunjuk
Oleh
 yang demikian, bagi memperolehi inayah dan irsyad daripada Allah S.W.T 
tidak dapat tidak bagi seorang penuntut ilmu itu memperlengkapkan 
dirinya dengan syarat-syarat serta adab-adab ilmu sebagai sebab 
kelayakan untuk beroleh kejayaan tersebut.
Lapan syarat bagi seorang penuntut ilmu :
1. Niat yang sahih  : قصد صحيح  
Seorang penuntut ilmu haruslah meletakkan niat yang betul dan sahih iaitu semata-mata kerana Allah taala serta berusaha untuk mewujudkan ruh keikhlasan di dalam amalan sebagaimana kata-kata Al-Syeikh Ibnu 'Atoillah Al-Sakandari dalam kitabnya Al-Hikam :
الأعمال صور قائمة وأرواحها وجود سر الإخلاص فيها
Maksudnya : "Sesuatu
 amalan itu adalah merupakan gambaran kerangka luar, adapun ruhnya ialah
 wujudnya rahsia keikhlasan di dalam amalan tersebut."
Oleh itu, seorang penuntut ilmu itu mestilah berusaha untuk mewujudkan rahsia keikhlasan di dalam dirinya, namun apakah tanda seseorang itu ikhlas dalam amalannya? Soalan yang pernah saya ajukan kepada murabbi serta guru tariqat kami (Al-Tariqat Al-Siddiqiyyah Al-Syazuliyah), iaitu Maulana Al-Syeikh Dr. Yusri Rusydi Al-Syed Jabr Al-Hasani (Hafizahullahu Taala) sewaktu bermusafir bersama beliau ke Humaitharah menziarahi maqam Al-Syeikh Abu Hassan Al-Syazuli. Beliau menjawab :
"Tanda seseorang itu ikhlas dalam amalannya ialah sentiasa istiqamah dalam melakukan amalan serta sentiasa merasakan diri serba kekurangan ketika melakukan amalan tersebut."

2. Keyakinan yang jelas : صدق صريح 
Tolibul
 ilmi hendaklah meyakini bahawa bidang yang diceburinya adalah merupakan
 sebahagian daripada pilihan dan ketetapan Allah S.W.T yang tidak patut 
dipersiakan bahkan menyakini akan kelebihan dan ganjaran terhadap 
penuntut ilmu yang ikhlas sebagaimana hadis S.A.W yang dikeluarkan oleh 
Imam Al-Tirmizi dalam kitab Jamie'nya daripada Abu Hurairah R.A :
قَالَ
 رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ( مَنْ سَلَكَ 
طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى 
الْجَنَّةِ )
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ
Maksudnya : "Rasulullah
 S.A.W telah bersabda : Barangsiapa yang menjejak kakinya ke jalan 
semata-mata untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan jalan
 baginya untuk sampai ke syurga."
3. Memiliki Adab yang diredhai : آداب مرضية  
Menjadi
 kewajipan bagi penuntut ilmu untuk menghiasai diri dengan adab yang 
diredhai oleh Allah dan RasulNya sama ada terhadap ilmu mahu pun 
terhadap guru, rakan-rakan serta orang lain serta diri sendiri. Telah 
berkata guru kami Al-Syeikh Dr. Muhammad Muhanna sewaktu mensyarahkan kitab Al-Futuhat Al-Ilahiyah karangan Ibnu 'Ajibah ini :
"Adab
 merupakan kunci, barangsiapa yang tidak memiliki adab maka tidak dapat 
untuk memasuki melalui pintu untuk sampai kepada Allah S.W.T"
Kadang
 kala ramai di kalangan penuntut ilmu tidak mengambil berat tentang 
persoalan adab seolah-olah ianya adalah perkara kecil. Bukankah baginda 
nabi Muhammad S.A.W diutuskan bagi menyempurnakan akhlak?
عن أبى هريرة رضى الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ( انما بعثت لاتمم مكارم الاخلاق
أخرجه البيهقي في السنن الكبري
Maksudnya : "Daripada
 Abi Hurairah R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda : 
Sesungguhnya aku diutuskan (oleh Allah S.W.T) bagi menyempurnakan 
akhlak."أخرجه البيهقي في السنن الكبري
4. Memiliki perihal yang baik :  أحوال زكية
Di
 samping itu, seorang penuntut ilmu itu hendaklah menghiasi dirinya 
dengan perihal yang baik bertepatan dengan syariat Islam agar tidak 
menzalimi diri sendiri serta orang lain. Maka penuntut ilmu haruslah 
berusaha untuk memperbaiki perihalnya daripada baik kepada yang lebih 
baik melalui jalan mujahadah kerana kita tidak terlepas daripada godaan 
syaitan dan nafsu. Kadang kala Iman kita bertambah dengan perkara 
ketaatan dan kadang kala akan berkurangan dengan perkara maksiat yang 
dilakukan.
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Tahrim ayat 6 :
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Tahrim ayat 6 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ 
Maksudnya : "Wahai
 orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka 
yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu (berhala)..."
Insyallah bersambung akan datang...
 
No comments:
Post a Comment