Sunday, 13 May 2012

Fadhilat/kelebihan Membaca Penutup Surah Al-Hasyr

Oleh: Ustaz Khafidz Soroni

Antara kitab yang saya temui semasa di Pesta Buku Antarabangsa 2012 tempoh hari ialah kitab Kasyf al-Labs ‘an Hadith Wad‘ al-Yad ‘ala al-Ra’soleh Imam al-‘Allamah al-Sayyid Muhammad ‘Abd al-Hayy al-Kattani (w. 1382H) berkenaan hadis meletak tangan kanan di kepala ketikamembaca tiga ayat terakhir Surah al-Hasyr.

Pemerolehan kitab tersebut pastinya sangat menggembirakan kerana ia membantu mengukuhkan lagi akan kaifiat amalan yang terdapat dalamWazifah ZarruqiyyahWazifah Zarruqiyyah susunan Imam Ahmad Zarruq al-Syazili (w. 899H) adalah konsep wirid asal bagi amalan al-Ma’thurat yang dimasyhurkan oleh Imam Hasan al-Banna.

Ini kerana di antara awrad Wazifah Zarruqiyyah ialah membaca tiga ayat terakhir Surah al-Hasyr, dan Imam Zarruq menyebutkan:

وهو واضع يده اليمنى على رأسه.
((Sambil ia meletakkan tangan kanannya di kepala)) yakni pada membaca ketiga-tiga ayat tersebut. Namun, kaifiat ini ditiadakan dalam amalan al-Ma’thurat Imam Hasan al-Banna.

Ia sebenarnya merujuk kepada sebuah hadis yang diriwayatkan dari Sayyiduna ‘Abdullah bin Mas‘ud RA dan juga Sayyiduna ‘Ali bin Abi Talib RA. Hadis ‘Abdullah bin Mas‘ud RA direkodkan oleh Abu Nu‘aym, al-Khatib, al-Daylami, Ibn al-Taylasan, dan lain-lain. Manakala hadis ‘Ali bin Abi Talib RA direkodkan oleh al-Daylami sahaja. Sila lihat takhrij dan kupasan tentangnya secara detil dalam kitab Kasyf al-Labs ‘an Hadith Wad‘ al-Yad ‘ala al-Ra’s.

Matan hadisnya ialah:

عن علقمة والأسود: قرأنا على عبد الله بن مسعود، فلما انتهينا إلى خاتمة سورة الحشر قال: ضعا أيديكما على رؤوسكما فإني قرأت على النبي صلى الله عليه و سلم فلما بلغت هذه الآية قال: ضع يدك على رأسك فإن جبريل عليه السلام لما نزل بها علي قال لي: ضع يدك على رأسك فإنها شفاء من كل داء إلا السام، وهو الموت.
Terjemahan:
Dari Alqamah dan al-Aswad: Kami membaca al-Quran kepada ‘Abdullah bin Mas‘ud RA, lalu tatkala kami sampai di penutup Surah al-Hasyr, beliau berkata: Letakkan tangan kamu berdua di kepala kamu, sesungguhnya aku pernah membaca kepada Nabi SAW, maka ketika aku sampai pada ayat ini baginda bersabda: Letakkan tangan kamu di kepala kamu, sesungguhnya Jibril AS ketika menurunkannya kepadaku beliau berkata kepadaku: Letakkan tangan kamu di kepala kamu, sesungguhnya ia adalah penawar dari segala penyakit kecuali mati”.


Ayatnya:


Dengan perbahasan yang panjang, al-Sayyid Muhammad ‘Abd al-Hayy al-Kattani merumuskan bahawa hadis ini bukan palsu sepertimana dakwaan al-Hafiz al-Zahabi. Ia masih dapat diamalkan dalam bab  fadha’il amal sekurang-kurangnya. Imam al-Sayyid Muhammad ‘Abd al-Hayy al-Kattani turut menyabitkan ramai alim ulama yang mengamalkan hadis ini.

Guru kepada guru kami, Mawlana Syeikh al-Imam Muhammad Khalil al-Khatib  al-Tantawi ketika mentakhrijkan hadis ini dalam Ithaf al-Akhyar hanya menyandarkannya kepada Imam al-‘Allamah al-Qawuqji (w. 1305H). Jika beliau melihat kitab ini pastinya beliau akan merasa amat gembira.

Walhamdulillah..

Untuk download kitab Kasyf al-Labs ‘an Hadith Wad‘ al-Yad ‘ala al-Ra’s edisi cetakan lama. Sila klik di SINI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...