http://pondoktauhid.blogspot.com/2012/06/ribuan-iringi-perjalanan-akhir-ustaz.html
ALMARHUM UST YAHYA MERUPAKAN RAKAN TN GURU HJ SALLEH MUSA  SEMASA BELAJAR DI MAKKAH SATU KETIKA DAHULU 
Tn Guru Hj Salleh Musa Sik  84 tahun , Rakan Allahyarham Ust Dato Yahya Othman semasa di Makkah satu ketika dulu . 
MACHANG: Ribuan
 rakyat Kelantan mengiringi perjalanan akhir bekas Setiausaha Majlis 
Syura Ulamak PAS, almarhum Datuk Ustaz Yahya Othman, 73 di Kampung Labok
 pagi tadi.
Sejak
 pagi lagi orang ramai datang bagi merakamkan ucapan takziah sambil 
menunggu menunaikan solat jenazah. Di kiri kanan jalan sesak dengan 
kenderaan.
Turut
 hadir Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib 
Presiden, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ketua 
Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan, Datuk Abu Bakar Chik dan 
wakil-wakil rakyat serta pegawai kerajaan.
Solat ke atas jenazahnya kali pertama diadakan kira-kira jam 8.30 pagi di rumahnya diimamkan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud.
Rumahnya terletak tidak jauh daripada Masjid Labok, kemudian solat kali kedua diadakan di masjid diimamkan Menteri Besar.
Ramai
 terpaksa menunaikan solat di luar bangunan masjid kerana sesak. 
Jenazahnya kemudian diusung ke tanah perkuburan Islam yang terletak 
kira-kira 500 meter dari masjid.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berjalan kaki mengiringi jenazah bersama orang ramai.
Allahyarham
 meninggalkan seorang balu, Habshah Hussin Rahimin dan empat anak iaitu 
Dr Salwa, Najwa (guru), Suraya dan Nidana (pensyarah).
Anak
 saudaranya, Kamaruddin Omar, 56 berkata, petang semalam Allahyarham 
memanggil seorang pembantunya, Ustaz Rosli Ismail bagi menulis kata-kata
 akhir bagi menyiapkan bukunya yang sedang dikarang.
“Ustaz
 memanggil Rosli untuk menulis kata-kata akhir, pesan dan wasiatnya. 
Tidak lama selepas selesai memberi pesanan beliau tiba-tiba menghempus 
nafas terakhir.
"Turut
 berada di sisinya ketika itu, isteri dan anaknya Suraya yang tinggal 
bersama di rumah,” katanya yang menyifatkan perjalanan akhir bapa 
saudaranya begitu mudah.
Empat
 buku terakhir yang sudah dicetak juga kelihatan diletak di kawasan 
masjid antaranya Sebahagian Taujid Tarbiah Gerakan Islam dan Himpunan 
kertas kerja tarbiah.
Menteri
 Besar ketika takzirah ringkas berkata, Allahyarham Ustaz Yahya seorang 
yang banyak berjasa kepada Islam sama ada di Kelantan dan Malaysia.
“Di
 atas dunia sekarang kita boleh buat apa sahaja, tetapi kena ingat ada 
pembalasan di akhirat kelak. Ahli ekonomi, ahli demonkrasi tidak pernah 
memberitahu apa yang akan berlaku selepas mati,” katanya.
Turut merakam ucapan takziah Ikhwanul Muslimin Mesir melalui laman webnya.
Ketua
 Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman menyifatkan Allahyarham 
seorang idola bagi anak muda dan kehilangannya sukar dicari ganti.
Timbalan Pengerusi PKR Negeri, Amran Ab Ghani berkata, Ustaz Yahya begitu dikenali dalam gerakan Islam di peringkat dunia.
“Biar
 pun saya tidak kenal rapat namun banyak mendengar cerita keilmuan yang 
ada pada Ustaz Yahya. Lagi pula mertua saya mempunyai hubungan 
keluarga,” ujarnya.
Bekas
 Presiden Abim, Dr Yusri Muhamad berkata, pemimpin muda Abim begitu 
menghormati ketokohannya kerana disiplin ilmu tarbiah yang begitu 
mantap.
Menurutnya, Allahyarham sangat rapat dengan pemimin Ikhwan Muslimin di Mesir sejak menuntut di negara terbabit 



 
No comments:
Post a Comment