Saturday, 16 June 2012

Ya Tarim wa Ahlaha


Suasana di Tarim, bumi para auliya' ahlul bait Rasulullah s.a.w

Neraca Menangani Ekstremisme

Oleh: Muhammad Syukri Rosli
http://hakim.org.my/blog/?p=335

Oleh Muhammad Syukri Rosli

Antara kelebihan zaman ini adalah kemudahan insan untuk mencapai maklumat dan berita. Pun begitu, haruslah diketahui bahawa tidak semua maklumat itu berguna atau bermanfaat kepadanya, bahkan boleh mendatangkan bahaya makna dirinya.

Walaupun disedari ketulusan niat untuk membetulkan kesalahan yang didasari perintah Allah SWT ‘amar ma‘aruf nahī munkar‘, namun di ruang awam sebegini, kelampauan atau ekstremisme dalam perbahasan tidak dapat dielakkan. Barangkali ruang awam sebegini tidak memerlukan penggunanya berwacana secara ilmiah, maka berlakulah banyak andaian-andaian yang tidak dapat dijejak tujuan, maksud atau maudhuk sesuatu isu. Kadangkala, terbit sesuatu karya yang layak diragui dan disekat penerbitannya, namun disebabkan alasan hak kebebasan bersuara dan mengaut keuntungan, ia diberikan tempat untuk menyebarkan kekeliruan dan kelampauan dalam kalangan masyarakat. Karya fiksyen sastera atau ruang Facebook sebagai misalan, yang digunakan oleh sebahagian besar masyarakat, dilihat berperanan menjadi pemangkin gejala ekstremisme ini.

Ekstremisme yang dimaksudkan di sini bermaksud keterlaluan, berlebih-lebihan dalam membuat atau memperkatakan sesuatu dan melewati batas yang diyakini dijanakan oleh emosi. Lawan kepada ekstremisme adalah keadilan, yakni meletakkan sesuatu benar dan betul pada tempatnya. Jika dapat dimisalkan, keadilan sesuatu itu umpama sebatang anak panah yang tepat mengenai sasarannya. Namun, ekstremisme pula adalah anak panah yang sama ada tersasar, tidak sampai atau menembusi sasaran yang ditujuinya. Kelompok-kelompok pemikiran yang terbit sepanjang peristiwa sejarah Islam dilihat mampu menjelaskan lagi renungan ini. Antaranya, golongan literalis-wahabi, mewakili anak panah yang tidak sampai ke sasaran; golongan pseudo-sufi; mewakili anak panah yang menembusi sasaran dan golongan Ahl Ta‘lim, Liberal dan Modenis tersasar daripada sasaran. Dalam tradisi pemikiran Ahl Sunnah wal Jamaah, telah dijelaskan secara tuntas bagaimana untuk benar-benar tepat mengenai sasaran – sepertimana yang dijelaskan oleh Hujjatu’l-Islām Imām al-Ghazālī di dalam kitabnya, al-Qisṭas al-Mustaqīm.

Dalam karya ini, al-Ghazālī merujuk golongan pelampau atau ekstrem sebagai kelompok yang mempunyai kepintaran yang tidak sempurna, atau meskipun mempunyai kepintaran yang sempurna, mereka mempunyai niat yang tidak baik, degil, fanatik atau jumud. Sikap-sikap inilah yang menghalang mereka daripada menerima kebenaran. Al-Qisṭas al-Mustaqīm, yang diterjemahkan sebagai ‘timbangan yang adil’ memaparkan perdebatan beliau dengan salah seorang Ahl Ta‘lim, kelompok yang percaya bahawa kefahaman al-Qur’an itu hanya boleh didapati melalui imam yang maksum daripada Ahl-Bayt, yang mewakili salah satu golongan yang ekstrem yang tersasar daripada ajaran Islam yang sebenar.

Imam al-Ghazālī mendasarkan hujahnya kepada ayat al-Qur’an, surah al-Ḥadīd ayat 25 yang bermaksud:
Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi Mizan (neraca keadilan), supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia.

Di dalam kitab ini, al-Ghazālī berhujah bahawa insan itu boleh memahami ajaran al-Qur’an, dengan menggunakan neraca yang adil, tanpa memerlukan instruksi daripada mana-mana guru yang maksum, selain daripada Rasulullah s.a.w.. Ini disebabkan, manusia mempunyai fakulti indera dan akal yang bertindak sebagai neraca untuk menimbang kebenaran dan keyakinan i‘tikad yang dipegangnya.

Neraca digunakan untuk membandingkan berat sesuatu, sama ada sesuatu itu sama berat atau lebih berat. Dengan akal budi yang sedia ada dalam diri manusia, sesuatu yang lebih berat secara logiknya akan menyebabkan salah satu dulang neraca tenggelam ke bawah. Kemudian, dengan menggunakan deria penglihatan, seseorang itu dapat menentukan dulang manakah yang tenggelam, atau sama ada kedua-dua dulang neraca itu berada pada kedudukan yang sama. Dari situ, dapatlah ditaakul perbandingan timbangan dan proses ini tidaklah lagi perlu dirujuk kepada siapa yang mencipta neraca itu atau siapa yang mengajar neraca itu untuk mengesahkan kebenaran timbangan tersebut. Al-Ghazālī berhujah, istilah Mizan (neraca keadilan) yang tersurat di ayat di atas menunjukkan bahawa insan tidak memerlukan imam yang maksum untuk menjadi penentu kefahaman seseorang demi mengemukakan bukti yang jelas nyata daripada ajaran al-Qur’an dan as-Sunnah, selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w..

Al-Ghazālī mengusulkan 5 jenis neraca iaitu neraca Kesetaraan (Equivalence, Categorical Syllogism) yang terpecah kepada tiga, iaitu Kesetaraan Terbesar, Kesetaraan Pertengahan dan Kesetaraan Terkecil. Seterusnya neraca Beriringan (Concomitance, Conjunctive Conditional Syllogism) dan neraca Berlawanan (Opposition, Disjunction Conditional Syllogism).

Neraca Kesetaraan

Dalam neraca Kesetaraan, al-Ghazālī mengibaratkannya sebagai mencari hasil keseimbangan antara dua kenyataan. Dalam neraca Kesetaraan Terbesar, al-Ghazālī mengambil contoh peristiwa al-Qur’an, di mana ia mengisahkan Nabi Ibrahim alaihisalam berbahas dengan Raja Namrud tentang siapakah Tuhan yang sebenarnya. Dalam peristiwa ini, Raja Namrud mengakui dirinya Tuhan, namun dibantah oleh Nabi Ibrahim alaihisalam, bahawa jika ditimbang dengan neraca – Raja Namrud tidak setara dengan sifat Tuhan yang Maha Besar, yakni hanya Tuhan sahaja yang boleh menghidupkan atau menamatkan hayat manusia, bahkan Tuhan sahajalah yang mampu untuk menerbitkan matahari. Dalam timbangan ini, al-Ghazālī menegaskan bahawa sesuatu timbangan yang setara dapat dibuat apabila kedua-dua premis itu sampai ke tahap penjelasan yang asasi, sehingga tidak timbul lagi keraguan antara keduanya. Daripada dua premis yang jelas dan diyakini itu, maka kesimpulan yang benar dapat ditaakul dan dipakai. Neraca Kesetaraan Terbesar ini, menurut al-Ghazālī, digunakan secara meluas dalam menerbitkan ilmu yang ditaakul oleh akal.

Neraca seterusnya adalah neraca Kesetaraan Pertengahan. Dalam disiplin ilmu kalam, neraca ini digunakan untuk menafikan pengisbatan sifat Allah pada makhluk, mukhalaffatuhu li hawadith. Ia juga bersandarkan dalil al-Qur’an dan dipetik daripada peristiwa Nabi Ibrahim alaihisalam dalam pencarian baginda akan Tuhan yang Esa. Nabi Ibrahim alaihisalam, saat mencari Tuhan yang Esa, baginda menganggap bahawa bintang, bulan dan matahari yang besar itu adalah Tuhan. Akan tetapi, Nabi Ibrahim merenung bahawa Tuhan bukanlah sesuatu yang terbenam, maka baginda mendapat kesimpulan bahawa bintang, bulan dan matahari bukanlah Tuhan. Dalam timbangan ini, al-Ghazālī mengatakan bahawa setiap satu premis yang menghala ke kesimpulan itu perlulah tepat, supaya apabila premis pertama menafikan apa yang tidak dipunyainya, maka menafikannya adalah premis kedua. Misalnya, jika A menegaskan bahawa ia tidak mempunyai kualiti tertentu, maka dapat disimpulkan dengan tegas bahawa A bukan B.

Neraca Kesetaraan Terkecil pula digunakan untuk menimbang kesalahan pada sesuatu pernyataan umum. Al-Ghazālī memetik soal jawab Nabi Muhammad s.a.w. dengan pemuka Yahudi yang cuba menafikan kenabian baginda dan ia dirakamkan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an. Kata pemuka Yahudi itu, “Tuhan tidak menurunkan sesuatu pun kepada manusia,” lantas dijawab, “Siapakah yang menurunkan Kitab (Taurat) yang dibawa oleh Nabi Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia?” Dalam hal ini, kenyataan pemuka Yahudi itu disanggah dengan kenyataan lain – bahawa Nabi Musa itu adalah manusia dan Nabi Musa itu diturunkan wahyu kepadanya. Ini secara langsung membatalkan kebenaran kenyataan pemuka Yahudi tersebut. Al-Ghazālī menegaskan, dalam menggunakan neraca ini, sesuatu perkara itu, misalnya A, mempunyai kualiti-kualiti tertentu yang dapat diwakilkan dengan X dan Y. A benar hanya jika dipadankan dengan X dan Y. Jika X sahaja dipadankan dengan A, tanpa Y, maka belum tentu ia merujuk pada A. Jadi, dapatlah kita fahami bahawa jika sesuatu perkara yang lain, misalnya B – tidak semestinya sama dengan A hanya jika ia mempunyai X sahaja.

Neraca Beriringan

Neraca keempat yang diusulkan oleh al-Ghazālī dalam menangani ekstremisme adalah neraca Beriringan. Ia adalah neraca yang menimbang sesuatu akibat yang menjadi kelaziman daripada sesuatu punca kejadian. Misalnya, dalam ayat 21 surah al-Anbiyā’, dirakamkan hujah ke-Esa-an Allah SWT bahawa jika alam ini mempunyai dua atau banyak Tuhan, nescaya ia akan kacau bilau. Hakikatnya, alam ini berada dalam peraturan dan ketenteraman, maka dapatlah disimpulkan bahawa tidak ada dua Tuhan (Tuhan itu Maha Esa). Neraca ini dilihat digunakan secara meluas dalam disiplin Sains Tabii. Misalnya, dapat dipastikan bahawa akibat ketiadaan bintang di langit, adalah berpunca daripada matahari yang telah terbit. Pada asasnya, apabila dinafikan akibat atau kelaziman akibat itu, maka ia juga menafikan punca sesuatu itu berlaku.

Akan tetapi, dalam sesetengah hal yang lain, akibat berlakunya sesuatu tidak boleh ditukarkan tempatnya menjadi punca. Ini disebabkan, sesuatu akibat tidak semestinya mengakibatkan punca berlakunya. Dalam kes wudhuk dan solat misalnya, dapatlah dipastikan bahawa (1) solat A sah kerana ia mengambil wudhuk. Begitu juga (2) solat A tidak sah kerana dia tidak mengambil wudhuk. Namun, jika dibalikkan dua kenyataan tadi – (i) A berwudhuk, maka solat A sah dan (ii) solat A tidak sah, maka dia tidak berwuduk – menjadikan kenyataan itu tidak tepat. Ini dapat dijelaskan kerana dalam (i), mungkin terdapat beberapa hal lain yang menjadikan solatnya itu sah, seperti kebersihan diri dan menutup aurat, yang tidak semestinya berpunca daripada wudhuk semata-mata. Begitu juga dalam kenyataan (ii) yang tidak tepat kerana mungkin terdapat sebab-sebab lain yang menjadikan solatnya tidak sah seperti makan atau ketawa semasa solat. Sehubungan dengan itu, perlulah diperhalusi akan sebab-akibat sesuatu perkara, supaya perkaitan antara keduanya dapat ditinjau dan diteliti akan perkaitan keduanya.

Neraca Perbezaan

Neraca kelima yang dicadangkan oleh al-Ghazālī adalah neraca Perbezaan. Ia bersandarkan dalil dan kaedah hujah Allah SWT yang terdapat di dalam al-Qur’an, surah al-Saba’, ayat 23:

Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” Terangkanlah jawabnya: “Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik – (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): Keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata.”

Berdasarkan ayat di atas, dapatlah difahami bahawa terdapat dua golongan – ahli tauhid dan ahli syirik. Hujah kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. bermula dengan premis ‘sama ada kami atau kamu berada dalam kesesatan yang nyata’, kemudian dituruti dengan ‘kami ahli tauhid’ yakni Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya tahu bahawa mereka tidak sesat, maka dapatlah disimpulkan bahawa ‘ahli syirik’ itu tenggelam dalam kesesatan yang jelas nyata.

Logik hujah ini dapat diikuti dengan tamsilan berikut. Katakanlah suatu hari, pasukan polis dihubungi dan diadu mengenai seorang pencuri berada di dalam sebuah bilik di dalam sebuah rumah. Rumah tersebut pula hanya mempunyai dua bilik. Lantas, apabila polis menyerbu salah satu bilik tersebut, tidak dikesani pula penjenayah itu berada di tempat kejadian. Lalu, dengan timbangan ini, dapatlah dipastikan bahawa pencuri itu sudah tentu berada di bilik yang satu lagi.

Al-Ghazālī menegaskan bahawa untuk menggunakan timbangan ini, pembahagian antara kedua-dua premis perlulah benar-benar jelas, benar-benar terpisah hingga ia benar-benar dapat dibezakan. Kedua-dua pembahagian premis itu juga tidak boleh berbaur antara satu sama lain.

Neraca Iblis

Pun begitu, di dalam al-Qisṭas al-Mustaqīm, al-Ghazālī menekankan mengenai had penggunaan neraca ini, yakni di dalam bab Neraca Iblis. Di dalam al-Qur’an, dicatatkan kisah Iblis yang melawan perintah Allah SWT dengan menggunakan kaedah logik, seperti mana terhurai dalam penjelasan neraca di atas. Akan tetapi, bagi al-Ghazālī, Iblis pintar mengelirukan istilah-istilah yang sama dan bermain dengan definisi yang tidak jelas, terutamanya dalam menggunakan neraca Kesetaraan.

Misalnya, dalam kes pencarian Tuhan Yang Esa oleh Nabi Ibrahim, Iblis cuba mengelirukan baginda dengan istilah Akbar (Maha Besar) yang dipunyai oleh Allah (Yang Maha Besar) dan matahari (yang besar). Kesimpulannya dapat dituruti seperti di bawah:
Premis 1: Tuhan itu Akbar (Maha Besar)
Premis 2: Matahari itu akbar (Besar)
—————————————————–
Kesimpulan: Matahari itu Tuhan
Namun, al-Ghazālī menegaskan bahawa sesuatu perkara itu diwakili oleh dua sifat, bukan satu sifat itu, diwakili oleh dua perkara. Misalnya, dalam hujah di atas, Iblis cuba mewakilkan sifat Akbar Allah SWT dengan sifat akbar matahari (na‘uzibillahi min zalik!), sedangkan sedia diketahui bahawa Allah SWT suci daripada mana-mana sifat atau jisim makhluk (Subḥanah Allah wa Ta‘alā). Dalam kes ini juga, Iblis pintar untuk tidak mendefinisikan apa yang dimaksudkan Akbar bagi Allah, dan apa yang akbar bagi matahari – supaya Iblis dapatlah mengelirukan kesimpulan yang akan dipaksakan ke atas Nabi Ibrahim alaihisalam.

Dalam soal jawab Iblis dengan Allah SWT semasa Iblis diperintahkan sujud pada Nabi Adam alaihsalam, Iblis berhujah bahawa dirinya dicipta daripada api dan api itu lebih baik daripada tanah, jadi dia tidak perlu bersujud kepada Adam kerana beranggapan bahawa yang lebih baik itu tidak perlu sujud pada benda yang kurang baik. Al-Ghazālī menyenaraikan 4 hujah untuk memahami falasi yang cuba dimainkan oleh Iblis:
Hujah 1:
Kita tidak menerima pun Iblis itu lebih baik daripada manusia.
Hujah 2:
Kita tidak menerima bahawa kelebihan sesuatu itu tidak membuatkannya perlu sujud atau tunduk. Ini disebabkan, kelebihan seseorang itu bukannya dinilai ia dari apa asalnya, tetapi sejauh mana ia mengikut perintah Allah SWT.
Hujah 3:
Jika Iblis tetap mengatakan dia mempunyai kelebihan, kerana ia mempunyai perkaitan dengan api (yang kononnya lebih baik dari tanah), maka bolehlah kita katakan bahawa kelebihan sesuatu itu tidak dinilai dengan perkaitannya, tetapi kualiti yang dipunyainya. Misalnya, Nabi Ibrahim mempunyai pertalian dengan Azar, bapanya yang kafir, tetapi ia tidak pun menjejaskan kedudukan Nabi Ibrahim sebagai Rasul Allah SWT. Begitu juga dengan anak Nabi Nuh yang mempunyai pertalian dengan bapanya yang merupakan seorang Nabi, tetapi ia tidak pun menjadikannya sebagai seorang yang mulia, bahkan dihukum kufur pula.
Hujah 4:
Jika benar-benar mahu membandingkan antara asal usul bahan ciptaan, maka perlu juga ditinjau kepada hasil dan harga ciptaan itu. Bandingkan dengan kaca dan besi. Sudah tentu bahan yang diperbuat daripada besi lebih tahan dan kuat daripada kaca. Akan tetapi, kaca yang dibentuk dan diukir cantik oleh tukang yang mahir, sudah tentu lebih mahal dan berharga daripada besi.

Imam al-Ghazālī juga mengatakan bahawa kelompok Ahl Ta‘lim ini menggunakan neraca Iblis dalam membuat timbangan. Ahl Ta‘lim menyatakan bahawa kebenaran itu dipunyai oleh mereka, kerana hanya dengan mengikuti ajaran mereka, akan berlakulah kesatuan di bawah seorang guru atau imam yang maksum. Namun, sekiranya mengikuti manhaj Ahl Sunnah wal Jama‘ah, pakatan ini tidak bersatu dan berpecah-pecah kepada pelbagai mazhab dan aliran pemikiran kerana membenarkan ijtihad ulama yang bukan maksum – lalu dihukum bathil dan sesat. Akan tetapi, adalah tidak adil untuk memecahkan kedua-dua premis itu sedemikian rupa dan membuat deduksi daripadanya, kerana terdapat premis yang ketiga yang tidak diperhalusi oleh mereka, iaitu kebenaran itu dapat diraih dengan menggunakan ijtihad ulama yang bukan maksum dan ajaran satu-satunya guru yang maksum (Nabi Muhammad s.a.w.). Bahkan, jika ditinjau hakikat sejarah, golongan Ahl Ta‘lim inilah yang terpecah-pecah sedemikian banyak menjadi mazhab Shi‘ah Ithna ‘Asyarah (Shi‘ah Imam Dua Belas), Shi‘ah Zaydiyyah, Shi‘ah Isma‘iliyyah dan pelampau-pelampau agama yang tidak bersetuju hatta sesama imam maksum mereka sekalipun.

Di dalam al-Qisṭas al-Mustaqīm, dicatat jawapan Ahl Ta‘lim mengenai perdebatan di atas. Beliau menyatakan bahawa alasannya tunduk-patuh pada imam yang maksum kerana beliau adalah dari kalangan orang awam yang tidak mampu membuat timbangan dengan neraca yang adil, yang dikhuatiri akan menyebabkan kesilapan dan mencetuskan perbalahan. Jadi, baginya adalah lebih selamat untuk mengikut imam yang maksum, sepertimana yang telah diamalkan oleh ibu bapanya dan pemimpinnya. Bahkan, beliau mempersoalkan bagaimana untuk menggunakan neraca ini, sedangkan pada masa yang sama terdapat neraca Iblis yang menyesatkan. Andai begitu, katanya lagi, Imam al-Ghazālī sahajalah yang memonopoli ilmu ini dan hanya kaca matanya sahajalah, kebenaran sesuatu itu dapat dinilai. Bahkan, Imam al-Ghazālī juga tidak menonjolkan bukti ajaib, karamah atau mukjizat untuk menguatkan lagi kebenaran hujahnya – tidak seperti imam maksum yang dipercayainya.

Imam al-Ghazālī berhujah, jika beralasan bahawa kita hanya berada di peringkat awam dan hanya perlu mengikut kepercayaan ibu bapa dan pemimpin dan tunduk-patuh pada imam yang maksum – maka tiadalah bezanya kepercayaan kita dengan kepercayaan orang Yahudi, Kristian dan Majusi. Ini disebabkan, dalam diri manusia, Allah SWT telah membekalkan kebolehan untuk memahami sesuatu – dengan pancaindera dan akal budi. Jika merasakan diri masih belum yakin untuk menggunakan neraca yang adil ini, maka perlulah pergi belajar bersungguh-sungguh agar mahir menggunakan neraca ini nanti. Imam al-Ghazālī juga berhujah bahawa ilmu neraca yang adil ini diwarisi daripada ajaran Anbiya dan dikongsi dengan orang lain, meskipun menggunakan istilah yang berbeza. Tentang bukti ajaib pula, al-Ghazālī melontarkan perumpamaan, bagaimana kita boleh mengenali seseorang itu adalah seorang hafiz al-Qur’an:
  1. Sama ada orang itu mengakui dirinya hafiz, dengan berhujah bahawa dia boleh membuat silap mata atau ajaib
  2. Sama ada orang itu mendakwa dirinya belajar dari sekian-sekian guru yang hebat
  3. Sama ada orang itu membacakan sendiri keseluruhan al-Qur’an di hadapan kita.
Al-Ghazālī juga menegaskan kata-kata Saidina ‘Alī karamallahu wajhah, “Kenalilah kebenaran itu berdasarkan apa yang dikatakan, nescaya anda mengenali siapa yang mengatakannya.”

Al-Ghazālī juga mencadangkan golongan ekstrem seperti Ahl Ta‘lim ini ditangani dengan ‘kelembutan’, yakni tidak bersikap keras atau mudah menghukum mereka sebagai sesat dan cuba berbaik-baik dengan mereka. Jika terjadi perbahasan, maka perlulah menjaga batas perbahasan itu dengan cara yang baik. Berbahas dengan baik bermaksud menerima prinsip-prinsip atau kerangka yang sudah dipersetujui oleh lawan, dan dari situ barulah boleh berhujah untuk mencari dan mengesahkan kebenaran. Jika mereka masih tidak mampu berbahas dengan baik, maka diusulkan agar mereka belajar mengenai neraca yang adil ini. Namun, jika mereka tetap melampaui batas dan bersikap ekstrem kerana kebodohan dan kefanatikannya, wajarlah mereka dikenakan hukuman, seperti mana dapat ditafsirkan daripada istilah ‘besi’ daripada ayat yang menjadi dasar hujah beliau:

…supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia.
(al-Ḥadid: 25)

Akhir kata, adalah diyakini bahawa dengan menggunakan neraca yang adil, yang di dalamnya terkandung dasar keilmuan yang mendalam – dapatlah kita menangani gejala ekstremisme yang dilihat berlaku di mana-mana. Sesungguhnya, setiap sesuatu itu mempunyai kayu ukur dan timbangan yang tersendiri, untuk menentusahkan pendirian, pegangan dan tindakan yang benar. Hakikatnya, sunnatullah penciptaan makhluk dilingkungi dengan timbangan dan neraca, hatta hingga di Hari Pengadilan sekalipun, di mana Allah SWT menggunakan al-Mizan untuk menimbang amalan baik dan buruk seseorang, untuk menentukan nasibnya di hari akhirat kelak. Hanya dengan ilmu dan neracanya sahajalah emosi yang menjadi penyebab ekstremisme dapat ditundukkan dan dikalahkan. Wallahu‘alam.

Rujukan al-Qisṭas al-Mustaqīm karya Imam al-Ghazālī adalah daripada terjemahan Richard McCarthy, S. J., Library of Classical Arabic Literature, Twayne Publisher, 1980. Naskhah tersebut boleh diakses di sini: http://ghazali.org/books/jb-4.pdf

When Children Suffer

Oleh: Syeikh Hamza Yusuf Hanson
http://sandala.org/blog/2012/05/07/when-children-suffer/

I would like to write a follow up to a question someone wrote in response to a quote I posted on Facebook a few days ago. The question was regarding how God could allow the rape of a seven-year-old girl. First of all, I would request that people not be so harsh with those who have valid questions. Some Muslims are too quick to attack and condemn Muslims with doubts or troubles and actually drive them further away from Islam. I have been guilty of this myself and sorely regret being too harsh with a Saudi youth in Jeddah once who was on the verge of apostasy. At that moment, I responded as I did because I felt so troubled that someone so close to the Haram Sharif could be in that state; however, in retrospect, I realized I probably made the situation even worse. I pray for him to this day.

In Brothers Karamazov, Dostoevsky poses this modern question of the suffering children on the tongue of Ivan to Alyosha and uses it as a proof that he can no longer believe in God or rather the God who could create such a world. To his credit, Dostoevsky gives this argument the best rendering that can be found. He did not set up a straw man to knock him down; rather, he dealt with it head on.

Many young Muslims in the West and in other areas connected online are now exposed to such questions. The ancients were far too present with the divine aspect of the world to ever question God about the world, as God is the one who questions us. While theology and theodicy are long and arduous courses to take to really delve into and tackle such human problems, we still need reasonable lay approaches to help our fellow Muslims and others who are seeking answers to pressing problems.

I want to look at a hadith that elucidates further the response I gave to the question that was posted on Facebook. The Prophet, God bless and grant him peace, said, “Whoever prays our prayer, faces our qibla, and eats our halal meat is a Muslim who has God’s protection and then the protection of God’s Messenger. So do not betray God in His protection” (la takhfiru ‘llaha fi dhimmatihi). The word dhimmah has several meanings, including, “care, custody, protection, covenant of protection, compact, responsibility, answerableness, liability, inviolability, security, and conscience.” The Arabs say, “‘ala dhimmati,” meaning, “upon my word of honor.” According to this hadith, God has placed His protection over certain things – in the case of this particular hadith, Muslims, but more generally, according to the Qur’an, many other hadith, and Islamic law, His creation in the world. Hence, trees, wells, rivers, oceans, air, soil, food, animals, and most importantly people, irrespective of faith, color, or creed have God’s protection. However, God has made the human being the divine custodian of this protection. The verb khafarayakhfuru, a variant of which is used in the hadith, means, “To watch over, to protect.” Changing the present tense form from yakhfuru to yakhfiru, as is done in the hadith, changes the meaning to, “to betray.” Hence, the protection can easily be betrayed by a slip from top to bottom, from fathah dropping down to a kasrah.

The above-mentioned hadith does not exclude people of other faiths. Those who are not Muslim, which includes people of all other faiths and not just the Abrahamic ones according to the Maliki and Hanafi schools, are people of covenant in Muslims lands, as was Ottoman practice for centuries; hence, they are called, “the covenantal people of protection” (ahl dhimmah). Included also in this category are nations that have treaties with Muslim nations and peoples in non-Muslim lands in which Muslims are living safely. In other words, all these people are in God’s and His Messenger’s protection. This is why, on the Day of Judgment, the Prophet, God bless and grant him peace, is the advocate of a person of covenant who was betrayed by Muslims against the Muslims who betrayed him.

Of all God’s creatures, it is children who warrant the greatest protection due to their helplessness and innocence, which is why the punishment for violating them is severe. The Prophet, God bless and grant him peace, loved children and honored them on many occasions, such as calling them by honorific epithets or patting young ones on the head, leaving the scent of musk upon them for the rest of the day. In fact, the Prophet, God bless and grant him peace, visited one child whose pet had died in order to offer condolences and cheer him up. The Prophet, God bless and grant him peace, also cursed those who mistreated animals and told of a person punished in the hellfire for torturing a cat; contrariwise, he told of a prostitute forgiven for giving water to a dog dying of thirst.

Terrible crimes perpetrated against children are also a sign that we not only have freewill but, according to our creed, that God is not obliged to intervene when we use it to break covenants of God’s protection and violate the inviolable. Imam al-Laqqaniy says in his Jawharah,
“The claim of the Rationalists that God must only allow benefit is a lie;
Have they not seen the suffering of children in the world?”

Finally, increasing incidents of such violations are a sign of the end of time, as the Prophet, God bless and grant him peace, said, “The time is coming when little children will be lusted after like you today have natural desires.” The ability to break this covenant of protection is called freewill. The rights and protection that God has given humans is to be upheld and honored by each of us. If anyone betrays that trust, then, in this world, the government has the authority and right to redress the wrong. In redressing the wrong, wholeness is restored, and healing can take place. If this does not occur, the victim must remember: there is a day when the divine redresser will right every wrong, heal every wound, fulfill every vow, and remove for all eternity the scars of this world that were unjustly inflicted by those who betrayed God’s protection.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...